- Advertisement -
PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Kluster Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa tiada sebarang aktiviti bazar Ramadhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Walau bagaimanapun menurutnya, sekiranya PKP ini ditamatkan, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) khusus berkenaan bazar Ramadhan.
“Mesyuarat pagi tadi memutuskan bahawa selagi PKP dilaksanakan, semua pasar Ramadhan tidak dibenarkan.
“Walaubagaimanapun jika PKP ini ditamatkan, maka pihak MKN akan menyediakan SOP selepas PKP.
”Cuma selagi PKP 2 ini diteruskan, atau tiba-tiba ada PKP lain, pasar Ramadan tidak dibenarkan,” katanya. -SuaraTV