DAP Serang PAS Kerana Sokong Akta Anti Berita Palsu

KUALA LUMPUR – DAP semakin terdesak dalam usahanya menyerang Pas apabila mengaitkan sokongan 10 ahli Parlimen daripada parti itu terhadap Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 sebagai tanda mereka bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga bersikap seolah-olah beliau yang lebih berhak menentukan pendirian Pas apabila menjangka bekas sekutunya dalam pakatan pembangkang itu akan menentang rang undang-undang tersebut.

“Adakah Pas parti pembangkang atau pemerintah, ini berikan gambaran macam Pas sebahagian daripada BN.

“Pas sekarang cakap macam BN, mengapa belum jadi parti pemerintah tetapi bercakap macam parti pemerintah,” katanya dalam sidang akhbar di bilik media bangunan Parlimen hari ini. – UTUSAN 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.