Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) Mampu Rawat 3,000 Pesakit Sehari

Kuala Lumpur – Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) mula dibuka kepada umum, hari ini bagi menampung keperluan orang ramai selepas penutupan Jabatan Pesakit Luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, dengan kos pembinaan RM50 juta, KKKL menjadi klinik kesihatan terbesar di negara ini.

“Klinik yang dibina di atas tanah 1.3 hektar ini adalah klinik ke-17 di bawah pengurusan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKLP).

“Ia mampu merawat antara 2,000 hingga 3,000 pesakit sehari, tiga kali ganda daripada klinik kesihatan biasa,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Tambah beliau, ia satu-satunya klinik kesihatan dengan reka bentuk ‘Super Type 1 Clinic’ dan menempatkan 12 perkhidmatan di bawah satu bumbung selain dilengkapi 56 pegawai perubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close