Video: Pemuda AMANAH Gesa Rakyat Abaikan Undang-Undang, Tuntut Reformasi

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pemuda Amanah (PAN), Faiz Fadzil menggesa penyokong parti pembangkang untuk mengabaikan undang-undang negara bagi memastikan tuntutan reformasi dapat digerakan tanpa sebarang halangan.

 

Faiz ketika menyampaikan ucapan di majlis Pelancaran Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia di sini, Sabtu turut menegaskan undang-undang di negara ini sebagai tidak adil dan berat sebelah.

 

 

“Pendekatan yang dibawa oleh Pakatan Harapan ialah dengan mengembeling suara (dan) tenaga rakyat untuk membuat satu reformasi yang besar dalam negara kita (dan) itu adalah harapan saya kepada penyokong Pakatan Harapan Malaysia.

 

“Dari sudut undang-undang bila berjuang kita kena abaikan undang-undang… saya tau jugalah 2-3 benda pasal undang-undang seperti menghasut, menfitnah dan sebagainya tapi kita jangan takut dengan undang.

 

“Kerana undang-undang ini dibuat untuk melakukan ketidakadilan, sebab itu kalau kita terikat dengan undang-undang kita tidak akan dapat bergerak dengan lebih maju dalam politik” katanya.

 

Terdahulu Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd Ithnin turut menggesa rakyat bangkit untuk mengulingkan kerajaan melalui demontrasi dan rusuhan jalanan ala ‘arab spring’.

 

Menurut Shazni Munir, zaman sopan santun sudah lama berlalu dan untuk mengalahkan politik biadap dan tidak bertamadun perlu melalui proses yang ‘kurang ajar’ sambil menyifatkan adalah mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan melalui sistem demokrasi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.