Video : Netizen Sifatkan Perhimpunan Bantah GST Kurang Sambutan Kerana Ramai Berebut Tudung

KUALA LUMPUR – Pembeli sanggup berasak-asak mengambil nombor giliran untuk mendapatkan koleksi terbaharu dari FareedaScarf Sweet Love.

 

Menurut status yang dikongsikan pelakon Fizo Omar, suami kepada usahawan tudung Fareeda, Mawar menerusi Facebooknya berkata, pembeli mengambil nombor giliran untuk dapatkan koleksi terbaharu penjualan tudung tersebut.

 

Yang menariknya, seorang netizen meninggalkan komen menyifatkan perhimpunan bantah GST kurang mendapat sambutan disebabkan kerana tawaran jualan yang berlangsung di butik tudung tersebut.

 

“Patutlah kurang sertai Demo #BantahGST & #UndurNajib. Di sini rupanya mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk ber’shoping’,”tulis seorang pelayar.

 

 

Sementara itu, tidak kurang juga ramai yang tidak bersetuju dengan kelakuan tersebut dan menyifatkan perbuatan itu sebagai memalukan.

 

“Waa..gelilah tengok, betul-betul memalukan,”kata Suhaiza Kechik.

 

Menurut Aljeerah Madihah, “Ni butik ke pasar malam?,”tulisnya.

 

“Kenapa tak buat je sistem agen, dealer, stokis lebih teratur ekslusif tak semestinya kena berebut macam ni,”kata Zalia Hezlin.

 

Khairul Gold berkata, “Kat pasar malam pun ada tudung yang jauh lebih bagus, murah dan labuh,”katanya.

 

Shasha Jan pula berkata, “Tokey duk senang lenang, orang yang nak beli membeli, merusuh bagai,”katanya.

 

Sebelum ini, butik Fareeda turut menerima kecaman daripada orang ramai kerana ramai mendakwa harga yang dijual dan ditawarkan tidak munasabah.-SuaraTV

One thought on “Video : Netizen Sifatkan Perhimpunan Bantah GST Kurang Sambutan Kerana Ramai Berebut Tudung

  • April 3, 2016 at 12:29 pm
    Permalink

    Yg x pakai tudung tu pasai baru nak beli ke cik kak…???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.