Gandingan Asal Kumpulan Gun N Roses Bakal Buat Konsert

LOS ANGELES – Selepas 23 tahun barisan anggota asal kumpulan Gun N Roses tidak beraksi bersama, akhirnya mereka memilih 500 penonton bertuah yang berpeluang menyaksikan konsert tersebut.

 

Menurut laporan The Independent, pada awalnya peminat menyifatkan ia merupakan gurauan 1 April, namun tidak lama selepas itu, beratus-ratus peminat ke Sunset Strip di Hollywood, dengan harapan mendapatkan tiket yang hanya sekali dalam hidup mereka.

 

Terdahulu, vokalisnya, Axl Rose satu pentas dengan gitarisnya, Slash dan pemain bass, Duff McKagan pada gig terakhir mereka, Guns N ‘Roses di Buenos Aires pada Julai 1993.

 

Pertunjukan mereka turut dihadiri peminat dalam kalangan selebriti termasuk Kate Hudson, Jim Carrey dan Emily Ratajkowski, yang berusia dua tahun pada tahun 1993, semasa perpecahan kumpulan itu.

 

Lagu popular yang sering dimainkan kumpulan rock tersebut di konsert mereka, iaitu ‘Welcome to the Jungle’, ‘Sweet Child O’ Mine’, ‘Paradise City’ dan ‘Knockin’ On Heaven’s Door’.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.