Gambar Selfie Elemen Mistik Di Viralkan Sekali Lagi

KUALA LUMPUR – Gambar selfie yang mempunyai elemen mistik dan pernah menjadi viral di media sosial serta aplikasi WhatsApp sekali lagi diviralkan, kini di laman mikro twitter.

 

Memetik laporan The Independent, ramai yang mungkin tidak perasan renungan disebalik cermin tingkap tersebut.

 

Seorang pelayar laman itu berkata, ia adalah berkait rapat dengan ‘shutter’ pada kamera yang digunakan untuk menangkap imej, dimana ‘shutter’ tersebut boleh menangkap imej perempuan tersebut sebanyak dua kali, iaitu dengan melihat dicermin tingkap dan kemudiannnya, melihat ke arah kamera.

 

Sebahagian besar berpendapat, ia merujuk kepada penggunaan Adobe Photoshop.

 

Bagaimanapun ada juga yang memberikan gambaran itu seperti gaya Lord Voldemort dalam film Harry Potter.

 

Tidak kurang juga, sebahagiannya mempercayai gambar tersebut mempunyai kaitan dengan elemen mistik.

 

Menerusi tweet @lan987, “Ini gambar tahun lepas ni,”tweetnya.

 

@itsthemans menerusi tweetnya, “duuude lol my heart jumped,”tweetnya.

 

“Aku dapat rasa macam real la. Tak mustahil,” tweet @halim.

 

“Itu semua photoshop,”@kunang

 

“Kamera tak menipu,”@eone

 

@ameer, “Itu dah macam Voldermolt gaya Quirrell,”tweetnya.

 

Terdahulu, banyak gambar yang diubah suai untuk mengenakan orang atau ‘prank’, yang selalunya menjadi aktiviti di barat. -SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.