Diseret Lori Ketika Berteduh Dibawah Jambatan

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas diseret sebuah treler ketika berhenti berteduh di lorong kecemasan di bawah jejambat di Kilometer 4.4, Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE), dekat sini, malam tadi.

 

Dalam kejadian pada jam 7.40 malam itu, difahamkan mangsa yang berusia 39 tahun dipercayai dari arah Klang menuju ke Kuala Lumpur, berhenti berteduh di bawah jejambat kerana hujan.

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata ketika mangsa masih berada di atas motosikalnya, sebuah treler datang dari arah Klang melalui kawasan itu dan bergesel dengan mangsa.

 

“Ketika bergesel, polis percaya beg mangsa tersangkut pada treler sehingga menyebabkan mangsa jatuh dan terseret kira-kira lima meter.

 

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.

 

Berikutan tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di bawah jejambat berkenaan, Shafien berkata, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.