Zunar Berdepan Hukuman 43 Tahun Penjara

Kuala Lumpur – Kartunis kontroversi, Zunar yang terkenal dengan hasil-hasil lukisan berbaur sindiran dan hasutan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada pagi ini.

 

Dia berdepan sembilan tuduhan hasutan merujuk sembilan ‘tweet’ daripadanya berkenaan keputusan Rayuan Kes Liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Kesemua pertuduhan itu dibacakan serentak dan hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,500 untuk setiap pertuduhan.

 

Jumlah untuk sembilan pertuduhan sebanyak RM22,500.

 

Jika disabit kesalahan, kartunis itu bakal berdepan hukuman maksimum 43 tahun penjara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.