Wanita Pertama Didakwa Atas Tuduhan Rogol Di Korea Selatan

Seoul – Seorang wanita berusia 40-an telah didakwa atas tuduhan cuba merogol seorang lelaki.

 

Dia juga menjadi wanita pertama yang akan dikenakan bagi kesalahan rogol dalam sejarah Korea Selatan.

 

Sehingga Jun 2013, undang-undang Korea tidak mengakui wanita sebagai perogol, di mana ia bermakna tidak mungkin bagi mangsa lelaki untuk memfailkan aduan kepada polis.

 

Ini juga merupakan kali pertama seorang wanita telah ditahan atas tuduhan serangan seksual terhadap seorang lelaki.

 

Menurut Pejabat Pendakwa Agung di Seoul, wanita itu yang hanya dikenali dengan nama keluarga Jeon, didakwa cuba rogol teman lelakinya tahun lepas.

 

Pada masa itu, lelaki itu telah berkahwin dengan wanita lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.