Tolak Jadi Model Seluar Dalam

Kecantikan wajahnya membuatkan dia sentiasa menjadi pilihan banyak pihak pelbagai produk dan jenama fesyen sebagai jurucakap mahupun wajah iklan.

 

Dalam satu pogram bual bicara terbitan KBS berjudul Happy Together, semalam, penyanyi dan juga anggota kumpulan Miss A ini mendedahkan setakat ini dia sudah terlibat sebanyak 40 iklan produk dan jenama.

 

Bagaimanapun ketika hos program tersebut, Park Mi Sun bertanyakan, “Adakah anda pernah menerima tawaran iklan yang pelik?”

 

Suzy menjawab, “Saya pernah menerima tawaran untuk iklan seluar dalam, tetapi saya menolak”.

 

“Bukan apa, saya menolak sebab tidak cukup yakin dengan tubuh saya,” jelas teman wanita pelakon Lee Min Ho ini lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.