Remaja Hina Islam Dan Panggil Melayu Celaka

Kuala Lumpur – Seorang remaja yang dipercayai berketurunan India memuat naik status di laman sosial Facebook yang menghina agama Islam dan orang Melayu.

 

Melalui status yang dimuat naik di laman sosial Facebook, remaja tersebut dilihat melemparkan kata-kata kesat yang berbaur hasutan.

 

Pendedahan itu disiarkan portal Utaranews itu, mendakwa remaja yang berusia sekitar 20-an itu turut memuatnaik aksinya memegang parang sambil mendakwa dirinya merupakan ahli kongsi gelap 04.

 

remaja india 2

Tinjauan SuaraTV untuk menjejaki status remaja yang mengelar dirinya Havoc Jaya itu bagaimanapun gagal kerana dipercayai telah dipadamkan dari laman sosialnya.

 

Menurut Setiausaha Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Muhsin Abdul Latheef tindakan remaja tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana cuba memecah belahkan keharmonian masyarakat kerana melibatkan isu-isu yang sensitif.

 

“Saya menggesa agar pihak polis segera melakuakn siasatan berhubung kenyataan biadap ini.

 

“Pertama dia secara terang-terangan mengaku sebagai ahli kongsi gelap dan kedua dia jelas menghina kesucian agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut Mohsin, beliau akan meneliti isu ini dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang di masa hadapan.

 

Sementara itu Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Idris mengutuk keras perbuatan yang menyentuh sensitiviti agama dan orang Melayu.

 

“Saya mencabar bercakap di hadapan saya dan jangan jadi keyboard warrior sahaja” tegasnya.

 

Dia yang rasa tercabar dengan status itu meminta kerajaan dan pihak berkaitan bertindak dengan lebih tegas termasuk meminda Akta Hasutan, termasuk dikenakan hukuman sebat supaya kejadian sama tidak berulang.

 

Sehubungan itu, Irwan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat segera perbuatan remaja berkenaan.

2 thoughts on “Remaja Hina Islam Dan Panggil Melayu Celaka

  • January 22, 2017 at 9:06 pm
    Permalink

    Allah takdirkan kita untuk menjadi siapa kita sekarang.kita diuji kita telah diberi anugerah untuk menjadi mahluknya yang boleh melakukan apa2 sahaja.
    Jika ada mahluk yang sedemikian rupa perwatakannya,itu adalah dalam aturan allah itu sendiri dan jika selepas ini kita berubah menjadi lebih baik atau pun tidak,itu kehendaknya.kita cuma dapat berusaha untuk jalankan kehidupan sebagai suatu ujian sebelum mati.
    Allah takdirkan datuk aku dari mereka2 yang jahil,lahir tak beragama,maka berdosakah dia dan nampak seperti lahirnya hingga matinya seolah2 hanya sebagai bahan kayu api neraka.kemudian wujud ibuku,mengkucar-kacirkan keluarga sendiri,kerna beperwatakan ego dengan sikap tidak mahu kalah dengan orang lain walaupun dengan suami sendiri dan bergitu juga ayahku.
    Mungkin kedua2nya tidak berpelajaran,malah ibuku tak pernah ada pelajaran ketika kecil,kemudian ibu kepada ibuku dulu juga tak berpelajaran dan asal dari orang yang keras kepala.namun dari mana datangnya kejadian itu semua jika bukan allah yang meletakkan mereka jadi sedemikian.kesalahan mereka sebagai orang tua kita,kita tak dapat nak kecam dan menuduh mereka,kerena mereka tak tahu dengan apa yang mereka telah lakukan.namun kita yang ada kini jangan pula membuat perhitungan sendiri keatas apa pun mahluk ciptaanNYA yang sempurna itu yang melengkapkan kejahatan dan kebaikan yang saling memerlukan bagi melengkapkan ujiannya terhadap kita.ALLAH mencipta segalanya,kita tak boleh menyalahkan pencipta.DIA tahu apa yang dia telah lakukan dan jika kita ini hanya hambanya.
    Jangan tanya allah kenapa dia mewujudkan semua itu.
    Sebab allah takkan memberi jawapan semasa kita dalam ujiannya.
    Yang baik datang dari allah,namun yang jahat juga datang darinya,walaupun kita menyalahkan iblis atau apun mahluk laknat,itu semua ciptaan allah.maka semuanya datang dari allah dengan tujuan menguji kesetiap ciptaannya.lagi produk keluar dari kilang pun mesti kena ujian.
    Apatah kita yang seperti semut dalam aquarium sarang semua yang besar diatas bumi ini.kesiannya kita melalak atau buat apa pun,semuanya kembali kepada tanah.
    Namun aku tak pernah faham walaupun tertera kitab diwahyukannya dari setiap kitab2 itu hanya mengkucar-kacirkan mahluk ciptaannya.allah maha sempurna hingga mewujudkan apa pun kejadian2 didunia ini.
    Maka tugas kita adalah mesti akur,biar la budak india tu nak kata apa,sebab allah yang menciptanya jadi sedemikian sebagai ujian kepada yang lain.
    Allah mewujudkan segalanya,allah yang inginkan ia berlaku dan allah yang akan menghukum segalanya,sebab allah tahu ia akan berlaku sebelum kita lahir lagi.allah tahu semua yang akan berlaku sebab dia yang merancangnya untuk dunia ini jadi seperti yang terjadi dihari ini.apa kita boleh buat,allah yang menentukan kehidupan kita masing2 untuk jadi seperti apa pun.apa kita boleh buat,apa kita boleh buat…sedangkan kematian tetap akan datang kepada kita..jadi usah mengeji apa pun ciptaannya…itu allah yang buat,allah yang nak itu semua berlaku… ya allah mengapa engkau wujudkan kami jadi sebergini yang tidak akan faham walau kau telah jadikan dari isi perut bumi hingga ke alam suria yang terbentang yang maha luas lagi menakutkan.namun kami masih tidak faham.kenapa engkau jadikan kami sedemikian rupa.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.