Pencuri Tinggalkan Gambar Dan Nota Maaf

Moscow – Seorang pencuri di sebuah bandar kecil di Siberia meninggalkan gambarnya bersama nota permohonan maaf, selepas melakukan jenayah.

 

Pejabat Kementerian Dalam Negeri di Wilayah Kemerovo pada Jumaat memaklumkan, kes kecurian pelik itu berlaku di Prokopyevsk, kira-kira 3,100 kilometer dari timur Moscow.

 

Pencuri berkenaan bertindak memecah masuk sebuah rumah melalui pintu hadapan, sebelum mencuri sebuah gergaji rantai dan beberapa karton rokok.

 

Pemilik rumah itu menjumpai sekeping gambar di atas mejanya, bersama nota permohonan maaf tulisan tangan di bahagian belakang gambar itu.

 

“Saya akan serah diri hari ini. Tolong maafkan saya. Saya benci diri kerana berbuat begini,” demikian nota yang ditulis pencuri berkenaan.

 

Polis kemudiannya berjaya menahan lelaki berusia 26 tahun itu yang juga penduduk tempatan dan memiliki beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kecurian.

 

Polis bagaimanapun tidak memberitahu bila kecurian itu berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.