Malaysia Kutuk Serangan Di Kenya

Kuala Lumpur – Malaysia mengutuk serangan militan yang mengakibatkan 147 orang terbunuh di sebuah universiti timur laut Kenya.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia menolak perbuatan ekstremisme yang dilakukan atas nama Islam.

 

“Islam adalah agama yang mengutamakan keamanan, toleransi rasa hormat,” katanya seperti yang dipetik dari laman Facebook miliknya.

 

Semalam, agensi berita Reuters melaporkan bahawa lelaki bersenjata daripada kumpulan militan Al-Shabaab merempuh masuk ke kampus Universiti Garissa dalam serangan pada waktu subuh dan membunuh sekurang-kurangnya 147 orang pada Khamis.

 

Dilaporkan serangan itu berlaku hampir 15 jam selepas empat lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam kampus itu.

 

Empat lelaki bersenjata itu, badan mereka dipasang dengan bahan letupan, telah dibunuh, menurut seorang pegawai kerajaan Kenya.

 

Al-Shabaab, yang melakukan serangan maut di pusat beli-belah Westgate di Nairobi pada 2013, mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan di kampus itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.