Mahathir Lanun Dan ‘Biawak Hidup’ – Chegubard

Kuala Lumpur – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai lanun.

 

Dalam kenyataan yang sama, dia turut membidas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana meminta pertolongan daripada Dr Mahathir berhubung dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Saya bersetuju 1MDB perlu penglibatan semua dalam membongkarkan, mencari dan menyeret pesalah ke muka pengadilan kerana wang rakyat memang perlu dikembalikan.

 

 

“Bagaimanapun Dr Mahathir bukanlah orangnya. Adakah dia bersih dan suci,” katanya kepada pemberita pada sidang media di bilik gerakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

 

Rentetan kenyataannya terhadap Dr. Mahathir, dia mencabar ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) supaya membawa isu kehilangan wang di bawah Dr Mahathir untuk disiasat.

 

“Ya betul pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lemah dari aspek ekonomi tetapi ketahuilah pentadbiran inilah yang terpaksa mewarisi menanggung biawak hidup ciptaan Mahathir dan kroninya,” dakwanya lagi.

 

Berikutan serangan Dr Mahathir terhadap Najib berkenaan isu 1MDB, Chegubard menyarankan supaya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolong Najib.

 

Dia bagaimanapun kesal kerana kebanyakan Parlimen BN dituduhnya sebagai penakut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.