Kerjasama Yahoo, Microsoft Dibubarkan

Kuala Lumpur – Dua nama besar dalam industri teknologi, Yahoo dan Microsoft adalah dua syarikat yang sering bersaing, tetapi mereka mempunyai pesaing terhebat iaitu Google yang mendominasi banyak perkara dalam dunia teknologi dan internet.

 

Berikutan persaingan sengit itu, Yahoo dan Microsoft memutuskan untuk menjalin kerjasama pada tahun 2010 bertujuan meningkatkan perniagaan mereka dan mengalahkan Google yang kini terlalu kuat sebagai teraju dalam segmen enjin carian.

 

Namun selepas lima tahun, hubungan erat itu mungkin mencapai penghujungnya kerana dikhabarkan Yahoo dan Microsoft mungkin membubarkan kerjasama mereka.

 

Kerjasama itu yang direncanakan untuk bertahan selama 10 tahun, nyata cukup memberikan cabaran besar kepada dua syarikat berkenaan dan kini mereka berasakan tempoh lima tahun sudah lebih dari mencukupi.

 

Dikhabarkan perbincangan di antara pihak Microsoft dengan Yahoo mengenai kerjasama itu masih berjalan walaupun perancangan awal menetapkan 30 hari selepas 23 Februari lalu untuk mencapai kata putus tetapi terpaksa dipanjangkan menjadi 60 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.