Kerana Pakaian, Ibu Dihalau Dari Konvokesyen Anak

Kuala Lumpur – Gara-gara melanggar etika berpakaian, seorang wanita yang menaiki pesawat dari Sarawak kecewa, apabila dia tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan, bagi menyaksikan anak perempuannya menerima segulung ijazah pada majlis konvokesyen sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam.

 

Semalam, wanita itu yang menggunakan nama akaun Facebook Marjorie Abdullah, berkongsi pengalaman yang dilaluinya itu di laman sosial, dengan memuat naik dua keping gambar ketika menghadiri majlis konvokesyen anak perempuannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke Facebooknya.

 

“Ini adalah pakaian yang menyebabkan saya dihalau keluar dari konvokesyen anak saya,” demikian keterangan yang mengiringi gambar menunjukkan dia memakai seluar.

 

Kod etika berpakaian bagi majlis konvokesyen UiTM menetapkan, pelajar perempuan serta ibu atau waris wanita yang hadir pada majlis tersebut, hanya dibenarkan berbaju kurung atau blaus, manakala seluar tidak dibenarkan.

 

Menurut wanita itu, dia tidak mengetahui etika pakaian yang ditetapkan UiTM, kerana dia tinggal di Sarawak, selain tidak melihat kad jemputan yang memaklumkan perkara itu.

 

“Saya tidak sepatutnya memakai seluar untuk menghadiri konvokesyen itu, tetapi saya berada di Sarawak dan mereka tidak menerima alasan itu,” katanya mengakui kesilapan dalam ayat yang turut meraih simpati pengguna laman sosial.

 

marjorie 1

Dia turut mendakwa, akibat berang dengan tindakan pihak universiti yang enggan berlembut atau memberi pengecualian kepada dia, anak perempuannya bersama tunangnya turut tidak menyertai majlis konvokesyen masing-masing.

 

Catatan wanita itu meraih simpati segelintir rakan Facebooknya yang turut mempertikaikan ketegasan pihak universiti menguatkuasakan etika berpakaian untuk menghadiri konvokesyen melalui komen masing-masing.

 

Rina Tung Vose menyifatkan, kejadian yang menimpa ibu dari Sarawak itu amat teruk dan pastinya dia juga akan marah, jika perkara sedemikian menimpa dirinya.

 

Amani Gamaledin pula berkata, wanita berkenaan kelihatan cantik, walaupun memakai seluar dan kesal dia diperlakukan oleh tindakan yang ketinggalan zaman.

 

Memetik laporan portal Rakyat Post, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu berkata, etika berpakaian ketika menghadiri konvokesyen bukanlah peraturan baru.

 

Ia sudah lama diamalkan, selain dinyatakan dalam kad jemputan yang diedarkan pihaknya.

 

“Etika ini perlu diikuti, kerana ianya melibatkan disiplin dan sekiranya tidak ditetapkan etika ini, pelbagai ragam pakaian yang akan dikenakan,” katanya.

 

Menurut Sahol, walaupun isu itu remeh, namun ia membabitkan disiplin pelajar serta mereka yang menghadiri konvokesyen.

 

“Mereka ini pelajar dan bijak untuk berfikir dan kami selalu nasihatkan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

16 thoughts on “Kerana Pakaian, Ibu Dihalau Dari Konvokesyen Anak

  • April 3, 2015 at 6:41 pm
    Permalink

    Sepik asai nuan. .Jgn nk berik malu urang Sarawak. Dah tauk majlis rasmi, pakailah pakaian rasmi utk majlis. X payah nk dijelaskan dlm surat jemputan wpun alasan x nangga 6 kad jemputan & peraturan/etika pakaian. Anak yg nk convo pun satu hal. X pandei nk beritahu org tua. Angkat2. .nk viral kan keputusan pihak UiTM x benarkan masuk dewan ikut ank konvo. Peribahasa sdh madah, masuk kandang kambing me ngembak, masuk kandang lembu menguak. .msg2 ada peraturan sendirik. Fikir2 & Renung2kan. ..

    Reply
  • April 3, 2015 at 9:34 pm
    Permalink

    How it is inappropriate for women to use trousers to a graduation ceremony? They are the only reason why this country will not achieve a developed country status. You are a disgrace to our counterpart country.

    Reply
  • April 3, 2015 at 10:13 pm
    Permalink

    Bknnya org tu guna seluar pendek baju singlet.. Ok perr baju itu seluar itu.. Penting sangat ke etika pakaian.. Septtnya dibubarkn.. Semua tu lapuk.. Just buat etika pakain baru plss… Fikiran biarlah ke hadapan. Bknnya ikut kuno.. Atleast tukar etika no singlet no short pant no short skirt.. No legging., duiyai.. Uitm pls make changes…

    Reply
  • April 3, 2015 at 11:34 pm
    Permalink

    Bagus UiTM, bertegas dgn peraturan yang telah ditetapkan.Itu hak tuanrumah, tak suka tak payah pergi.. belajar hormat peraturan dan rules tempat org. Kalau bagi kelonggaran, nanti ada yg dtg pakai seluar ketat, lepas tu kata salahkah saya pakai begini?

    Reply
  • April 4, 2015 at 5:14 am
    Permalink

    Ivan Lian .. u try doing what u think is inappropriate in america and see what happpened. whether u will be kicked out or not even just from eating in a restaurant anywhere. even the whole world knows when its formal then its formal. unbelievabe!!! cant follow any simple rules, that just shows the best of u which seemed not. everywhere in this world there are people attending formal ceremonies and so on, even if its the presiden of the united states of america. malaysia dont need any citizen like u!!!

    Reply
  • April 4, 2015 at 5:38 am
    Permalink

    rasa2 Uitm tak salah.. makcik tu pun tak salah.. makcik tu tak dpt pemahaman etika pakaian dari anak dia.. jd dia tak tau pape.. 1 da selesai.. uitm ttp berkeras dgn etika pemakaian sopan sebab ini malaysia.. disiplin tinggi.. ape la korg cakap kuno bagai.. korg nk pakai cam ner gi kuliah? bikini? lingerie? hot pant? tube? dol.. mane rase sifat malu korg LoL..

    Reply
  • April 4, 2015 at 9:29 am
    Permalink

    Konvokesyen bukan majlis biasa. Sebab tu ia dipanggil ‘istiadat’ konvokesyen. Mana2 universiti pun sama. There is no such thing as lapuk or etika pakaian perlu dibubar, the thing is discipline and ethics. We are civilized people and ethics is one of the element. Why the student didn’t remind her parents about the dress code? Simple rules. Kalau nk bubar lepas ni naik stage x payah pakai jubah, jimat kos, mau?

    Reply
  • April 4, 2015 at 2:20 pm
    Permalink

    Jangan libatkan isu kenegerian dalam masalah tok… Masalah yg timbul tok sebab xekot peraturan… Xada tolak ansur dalam peraturan yg dah dibuat selama tok…. Kita yg nak masok dlm majlis org, ekot jak lah peraturan org… Tok nak meraih simpati gik dgn org lain…. Dah salah ya salah jak lah.., terima jak kesalahan diri…. Sepatutnya anak nya yg dah abis belajar tinggi2 ya patut madah juak dgn mak nya supaya ngekot etika berpakaian semasa konvokesyen ya… Kan senang jadinya… Xlah kecoh2 dlm laman sosial….

    Reply
  • April 4, 2015 at 3:44 pm
    Permalink

    Tolonglah… hal kecik ni pon nak perbesarkan… sepatutnya ank puan ni kenalah bagi tahu.. klu x tahu.. surf internet.. teknologi kan ada sekarang.. dah namanya “ISTIADAT KONVOKESYEN” of coz la kena la formal. Respect the rules.. dekat kad undangn pon dah terang terang bagi tahu etika pemakaian.. ish.. teruk betol la.. Nampak sgt ank dia dari u lain.. x pon dari kolej lain sebelum ni.. masuk buat ijazah kat UiTM. ehh. Mak aku pon tau pakai formal masa first time dia tgk ank dia konvo. adooii.. mentality org.. susah le.. I’m proud to be alumni UiTM.. UiTM sentiasa dihatiku. Pasal pakaian pon nak heboh kat 1 dunia..

    Reply
  • April 4, 2015 at 6:19 pm
    Permalink

    Nama pun undang2 kalau sekali orang langgar semua orang akan langgar.. paham tak?

    Reply
  • April 4, 2015 at 8:12 pm
    Permalink

    Nama pon peraturan..kene la ikut. tak tau dress code? Nape tak tanya anak dia sendiri.

    Reply
  • April 4, 2015 at 11:10 pm
    Permalink

    Mak cik pakai cantik dh..
    tp bkn formal dress code uitm..
    klau mak cik dpat pengecualian..nti next time org pkai legging la apa..gtau mak cik blh msuk xikut dress code…npe diorang xleh….pastu gaduh sbb dress code… + masalah uitm..mk cik x pikir ke??

    Reply
    • April 5, 2015 at 11:30 am
      Permalink

      saya setuju dengan pendapat uitm tu

      Reply
  • April 5, 2015 at 11:28 am
    Permalink

    Sebelum menghadiri majlis konvo, memang ada taklimat , masalahnya anak dia tu yang tak maklum, bagi saya tindakan uitm itu baik sebab selalunya byk kes kira nak bagi kelonggaran ja, sekarang ni anak dia patut disalahkan bukan pihak uitm…

    Reply
  • October 13, 2015 at 4:21 pm
    Permalink

    Salah Mak dan anak jugk. Knpa ank die tk bg tau mak dia kna pkai bju kurng .. Lg satu ank dia tk dtg latihan ke ??
    Kan dah terang2 tulis dlm kad jemputan. Protokal tetap protokal, klau sorang pkai seluar bole msuk dewan .. Tak lama nnt ada la parents akn dtg pkai sluar track suit je pergi konvo anak die nnt.

    Reply
  • March 18, 2019 at 9:42 am
    Permalink

    Apa yamg si anak tersebut buat sebelum ini? Mengapa tidak dijelaskan perkara sebenar kepada si ibu perihal tatacara pakaian ketika konvokesyen? Si ibu tidak bersalah, melainkan anaknya sahaja.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.