Video: Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat Dua Di Kenanga Whosale City Mall

Kuala Lumpur – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall di Kuala Lumpur, hari ini.

 

Insiden itu berlaku kira-kira 3.04 petang ketika kanak-kanak itu, yang dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.

 

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

 

Dia ke pusat beli-belah itu bersama-sama ibu bapanya.

 

“Punca kejadian masih disiasat,” katanya ketika dihubungihari ini.

 

Zainol berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.