Israel Cabul Beratus Remaja Palestin

Kuala Lumpur – Lebih 600 kanak-kanak Palestin dilapor dilapor ditahan Regim Tel Aviv di Baitulmaqdis sepanjang tempoh lima bulan lalu.

 

Menurut laporan yang dikeluarkan badan bebas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Kelab Penjara Palestin (PPC), lebih 40 peratus daripada mereka dilaporkan dicabul dan dikasari.

 

Perbuatan yang dianggap melampau dan dikatakan diambil kesempatan oleh tentera Yahudi ketika mereka melakukan serbuan dan operasi di waktu malam.

 

Pencabulan seksual dan rogol sebahagian daripada bentuk penderaan yang dialami remaja Palestin ketika mereka ditahan. Lebih teruk penahanan dibuat tanpa sebarang tuduhan.

 

“Penyiasat mengugut kanak-kanak dengan memukul, mengasing, mendera bapa serta merogol ibu dan saudara perempuan, mereka tidak diberi makan selama berpuluh jam melainkan kanak-kanak berkenaan bersetuju dengan tuduhan yang dibuat ke atas mereka”, petik laporan Pusat Undang-Undang Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah).

 

Meskipun undang-undang Israel menetapkan waran dikeluarkan sebelum serbuan, namun ia amat jarang dibuat. Bahkan penculikan ke atas remaja Palestin dilaporkan berlaku hampir setiap hari.

 

Sepanjang tiga minggu pertama November lalu, sekurang-kurangnya 380 ditahan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.