Amal Makan Serangga & Tulang Untuk Diet

Bintang filem The Fault in Our Star, Shailene Woodley membuat satu pengakuan yang mengejutkan khalayak ramai dengan mengaku yang dia gemar makan serangga.

 

Dalam satu temu bual bersama program E! News, Woodley berkata serangga mempunyai rasa yang unik dan lazat.

 

“Saya pernah makan semut dan rasanya sangat unik. Kumbang juga mempunyai rasa yang enak,” katanya..

 

Selain meramalkan serangga bakal menjadi makanan masa depan dunia, wanita berusia 24 tahun itu juga sempat memberitahu, pernah menjadikan tulang sebagai makanan utamanya ketika berdiet.

 

“Tulang bukan saja bagus untuk orang yang berdiet tetapi baik untuk kesihatan perut.

 

“Mungkin bagi sesetengah orang, makanan kegemaran saya agak pelik tetapi apabila sudah mencubanya, mereka mungkin akan berubah fikiran dan bersetuju dengan saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.