Air Zam-Zam Tiruan

Melaka – Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menafikan pembungkusan air zamzam tiruan, seperti yang tersebar di laman sosial Facebook hari ini, dilakukan di premis negeri itu.

 

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, pihaknya tidak pernah mendapat maklumat mahupun melakukan serbuan di mana-mana premis yang didakwa membungkus air zamzam tiruan itu.

 

“Viral gambar yang memaparkan pembungkusan air zamzam tiruan ini sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, bertujuan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

 

“Penyebaran gambar itu mungkin juga berlaku dari luar negara, bukan seperti yang didakwa berlaku di Melaka,” lapor Harian Metro Online.

 

Rahimin berkata, pihaknya berharap orang ramai menghentikan penyebaran gambar terbabit, bagi mengelakkan timbulnya salah faham.

 

Penyebaran gambar ini mula menjadi viral di Facebook sejak pagi tadi, di mana tiga keping gambar menunjukkan ratusan kotak serta seorang lelaki sedang mengisi air zamzam tiruan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.