Malaysia hantar benih padi, terung, kacang panjang simpan di Benua Artik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia telah berjaya mendepositkan benih-benih warisan dan varieti tradisional di lokasi penyimpanan selamat di Svalbard Global Seed Vault (SGSV) yang terletak di Benua artik, Pulau Longyearbyen, Norway.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berkata, struktur kebal ini terletak di dalam keadaan permafrost dan secara semulajadi berada pada suhu -18°C.

“MARDI melalui inisiatif Projek BOLD (Biodiversity for Opportunities, Livelihoods and Development) dengan dana yang diperolehi dari CropTrust, telah mengenal pasti sumber genetik dari koleksi di MyGeneBank dan Bank Gen Padi Kebangsaan MARDI yang dikumpulkan sejak tahun 1977.

“Dipilih sebagai simpanan pendua di Svalbard yang terdiri dari Varieti tradisional padi, terung dan kacang panjang,” kata MARDI dalam kenyataan yang dikongsi di TikTok.

Tambahnya lagi, sejumlah 725 aksesi tanaman telah diduplikasi di sana melalui dua penghantaran yang dilakukan pada bulan Mei dan Disember 2024.

Pada 26 Februari lalu, pintu SGSV dibuka untuk pertama kali bagi tahun 2025 untuk mendepositkan benih dari Malaysia dan 20 negara yang lain.

Usaha ini merupakan langkah penting dalam memastikan keterjaminan dan ketersediaan sumber genetik makanan sekiranya negara berhadapan dengan risiko bencana yang mengakibatkan kemusnahan kemudahan penyimpanan sumber genetik di negara kita.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat