China siap siaga balas tindakan AS naik tarif esok

- Advertisement -

BEIJING – China sedang bersiap sedia untuk melaksanakan tindakan balas terhadap tarif import baharu 20 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan akhbar Global Times yang dikawal kerajaan China, pelan tindakan balas itu dijadual dilaksanakan esok.

Ia sebagai siap siaga republik itu bagi meningkatkan tercetusnya perang perdagangan secara menyeluruh antara dua ekonomi terbesar dunia.

“China sedang mengkaji dan merangka tindakan balas terhadap ancaman AS untuk mengenakan tambahan tarif 10 peratus ke atas produk China atas alasan isu fentanyl,” lapor akhbar itu hari ini yang memetik sumber tanpa nama.

Rancangan tindak balas itu turut mencakupi makanan dari AS berkemungkinan besar juga akan dimasukkan dalam senarai berkenaan.

Pengumuman Trump memberi Beijing tempoh kurang daripada seminggu untuk merangka tindakan balas atau mencapai persetujuan.

Tarif tambahan yang dicadangkan ini juga bertepatan dengan permulaan mesyuarat tahunan Parlimen China, sebuah acara politik utama di mana Beijing dijangka mengumumkan keutamaan ekonominya bagi tahun ini.

AS sekian lama terdedah kepada tindakan balas China terhadap produk pertanian sebagai tekanan dalam ketegangan perdagangan.

China kekal sebagai pasaran terbesar bagi produk pertanian AS walaupun berlaku penyusutan jumlah import sejak 2018.

Ia selepas Beijing mengenakan tarif sehingga 25 peratus ke atas kacang soya, daging babi, gandum, jagung dan sorgum sebagai tindak tarif yang dikenakan oleh Presiden AS, Donald Trump ke atas barangan China.

Sejak 2018, Beijing menggiatkan perluasan sumber bekalan dan meningkatkan pengeluaran domestic dalam usahanya mencapai keselamatan makanan yang lebih kukuh.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat