Tiga segmen baharu musim keenam Helo Doktor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kupasan pelbagai topik kesihatan secara santai agar mudah difahami menjadi kekuatan program Helo Doktor musim keenam yang ditayangkan secara langsung TV3 pada jam 5.30 petang setiap Ahad, sejak 1 Januari lalu.

Penerbit Bersama Helo Doktor musim keenam, Irin Putri Azmi, berkata tiga segmen baharu iaitu Doctor In The House, Diari Doktor dan Fakta Atau Mitos diperkenalkan pada musim baharu ini.

“Setiap segmen ada daya tarikan tersendiri yang akan mendedahkan penonton dengan pelbagai informasi tambahan mengenai penjagaan kesihatan.

“Melalui segmen Doctor In The House, kami bawa pegawai perubatan terkenal, Dr Malar Santhi Santherasegapan berkongsi panduan keselamatan serta langkah pertama yang harus dilakukan dalam situasi kecemasan.

“Jadi, kami percaya kepakaran dan pendekatan yang digunakan Dr Malar ketika menerangkan sesuatu perkara dapat memudahkan penonton memahaminya dengan baik,” katanya.

Selain itu, Irin Putri berkata, penonton dapat menyelami rutin harian termasuk kehidupan di sebalik tabir figura dalam bidang perubatan melalui segmen Diari Doktor.

“Diharapkan penonton akan lebih memahami profesion doktor dan mengenali mereka dengan lebih terperinci.

“Lebih menarik, tambahan segmen Fakta Atau Mitos akan merungkai segala mitos dan mencari sejauh mana kebenaran sesuatu fakta itu dalam dunia perubatan bersama pakar,” katanya pada sesi temu bual bersama penerbit dan hos baharu Helo Doktor, di Sri Pentas, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Helo Doktor musim keenam dikendalikan tiga hos iaitu Anim Ezati Rizki, Nadia Azmi dan Adriana Adnan.

 

Pengacara, Adriana Adnan menepati kriteria diperlukan selepas menjalani uji bakat bagi hos Helo Doktor.
Pengacara, Adriana Adnan menepati kriteria diperlukan selepas menjalani uji bakat bagi hos Helo Doktor.

 

Di sebalik usaha TV3 membawa kelainan dalam program bual bicara kesihatan itu, Irin berkata, mereka berdepan cabaran dalam menyediakan kandungan yang tidak terlalu berat.

“Cabaran utama kami adalah untuk menjadikan pengisian dalam program ini mudah difahami dan mampu menarik minat penonton.

“Kalau terlalu banyak bercakap mengenai perkara saintifik, penonton akan rasa bosan. Jadi, kami berusaha menjadikan program ini lebih menarik dan mudah untuk difahami.

“Kami juga menitikberatkan pengisian, penggunaan bahasa, perbincangan dan aktiviti yang akan dibawa dalam program Helo Doktor musim keenam ini,” katanya.

Mengenai pemilihan tiga hos terbabit, Irin Putri berkata, Anim Ezati, Nadia dan Adriana masing-masing menepati kriteria diperlukan selepas menjalani uji bakat.

“Mereka ada kelayakan daripada segi rupa. Ini penting untuk program televisyen (TV). Selain itu, cara penyampaian mereka juga sesuai dengan program Helo Doktor ini.

“Kami juga nilai tahap profesionalisme mereka ketika sesi uji bakat kerana topik yang dibawa dalam program ini agak berat. Jadi, hos perlu kendali setiap perbincangan dengan baik,” katanya.

Musim keenam Helo Doktor mengupas pelbagai isu kesihatan seperti episod Peritnya Sakit Tulang Belakang bersama panel jemputan iaitu pakar perunding kanan dan pensyarah perubatan, Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Hisam Muhamad Ariffin bersama penyanyi Zamani.

Antara kupasan lain adalah mengenai cara berdepan menopaus bersama pakar perbidanan dan sakit puan, Hospital Islam Az-Zahrah, Dr Noraini Nor dan isu bau badan bersama pakar dermatologi, Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC), Prof Madya Dr Kwan Zhenli.

Turut disajikan episod istimewa sempena Minggu Kesedaran Autisme Sedunia dan Hari Wanita Antarabangsa dengan perbincangan menarik bersama panel jemputan.

Berita Harian

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat