1MDB : Tun M minta siasat Zeti, keluarga

- Advertisement -

AYER HITAM – Penglibatan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeri Akhtar Aziz dan suaminya, Datuk Dr Tawfiq Ayman dalam skandal 1MDB wajar disiasat pihak berkuasa bagi menentukan salah atau tidak,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu memaklumkan perkara itu berlaku bukan sewaktu pemerintahannya tetapi Datuk Seri Najib Razak.

“Masa saya jadi Perdana Menteri, tak ada masalah benda seperti ini. Ia berlaku selepas saya letak jawatan.

“Tentang penglibatan Zeti dan keluarganya terlibat pengambilan (rasuah) 1MDB perkara ini wajar disiasat untuk tentukan sama ada benar atau tidak Zeti terlibat dalam perbuatan curang ini,” kata Pengerusi Pejuang pada sidang media di Felda Ayer Hitam pada Khamis.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau maklum tentang skandal yang melibatkan bekas Gabenor BNM itu.

Pada 24 Februari lalu suami Zeti, Tawfiq Ayman menegaskan beliau tidak pernah menerima rasuah sepanjang hidupnya.

Tawfiq berkata demikian melalui kenyataannya hari ini susulan keterangan bekas Pengerusi Goldman Sachs bagi Asia Tenggara, Tim Leissner pada prosiding perbicaraan terhadap bekas pegawai bawahannya, Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn di New York, semalam.

Ng adalah bekas Ketua Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia.

Leissner dalam keterangannya menyebut mengenai rasuah yang membabitkan suami bekas gabenor BNM berhubung projek usaha sama PetroSaudi -1MDB.

Tawfiq berkata, beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat terhadapnya oleh Leissner yang dilaporkan media.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat