UMNO Beri PH ‘Nyawa’ Jika Tidak Bersama PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Sekiranya UMNO yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal dengan keputusan tidak bersama dengan Perikatan Nasional (PN), tindakan itu hanya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).

Menurut Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri, keadaan itu juga akan merugikan UMNO dan PN.

Bahkan, katanya, persaingan sengit mungkin wujud pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) malah tidak mustahil arena politik negara bakal menyaksikan UMNO bergerak solo selepas ini.

“Pada pandangan saya, ini secara tidak langsung beri kelebihan kepada pihak lawan. Pakatan Harapan sudah semestinya beruntung.

“Kalau ikut kenyataan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), mereka hanya memerlukan sokongan 10 ke 15 peratus orang Melayu untuk membolehkan mereka jadi kerajaan.

“Ini sudah semestinya merugikan pihak berkepentingan dalam UMNO dan PN dalam PRU15 sekiranya perpecahan ini berlaku,” katanya kepada Astro AWANI.

Semalam, Astro AWANI melaporkan sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak bersama PN dalam pilihan raya akan datang, PH mempunyai peluang cerah untuk kembali menjadi kerajaan, dakwa Guan Eng.

Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, sekiranya memperoleh sokongan tambahan 15 peratus pengundi Melayu, hasrat PH untuk kembali menjadi kerajaan mungkin dapat direalisasikan.

Jelasnya, berdasarkan satu dapatan kajian, situasi itu boleh berlaku sekiranya jumlah peratusan itu ditambah dengan pengundi bukan Melayu yang sedia menyokong PH.
Tambahnya, senario itu sekali gus memungkinkan PH memperolehi tambahan 35 peratus undi dan dapat mentadbir semula negara.

-Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat