Pak Menteri sila ‘move on’ bila Parlimen nak bersidang, Zahid tanya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyoal bilakah kerajaan berhasrat untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya mengadakan persidangan Parlimen.

Ini katanya, kerana negara sudah menamatkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan lebih banyak perniagaan dibenarkan dibuka.

“Pak Menteri sila ‘move on’. Jom kita bersidang demi kepentingan rakyat dan negara. Inikan negara demokrasi.

“Memandangkan tiada lagi negeri dikenakan PKP, agak-agaknya bila pula parlimen boleh kembali bersidang,” soalnya pada hantaran di Facebook.

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini, manakala pada masa sama, penguatkuasaan PKPB kekal di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Bagi Melaka, Pahang,Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan, perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) akan dikuatkuasakan, juga bermula 5 Mac ini.

Penguatkuasaan PKPP kekal di Perlis.

Bermula 5 Mac pusat pelancongan, pawagam dan pusat penjagaan diri dibenarkan beroperasi tertakhluk prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan Covid-19.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah telah bertitah bahawa “tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.”

Oleh itu, Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata sidang Dewan Rakyat perlu berlangsung walaupun dalam keadaan darurat.

PKP mula dilaksanakan pada 13 Januari. Pengisytiharan darurat pula pada 11 Januari.

Pengisytiharan darurat, yang berakhir pada Ogos ini, juga menyaksikan penggantungan Parlimen. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat