MP PKR lompat parti dapat habuan jutaan ringgit, saman tetap saman : Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Ahli Parlimen Tebrau dan Julau ditawarkan jutaan ringgit untuk meninggalkan parti itu dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Anwar yang juga Ketua Pembangkang juga yakin Steven Choong (Tebrau) dan Larry Sng (Julau) turut menerima tekanan lain selain ditawarkan wang ringgit.

“Memang benar hak mana-mana ahli untuk memilih parti dia. Tetapi dalam kes dua ahli Parlimen keluar sudah tentunya ada tekanan lain.

“Saya dapat maklumat jutaan ringgit tetapi kalau nampak tak boleh (mereka) guna agensi penguat kuasa. Tak ada masalah kalau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau lembaga cukai dia berhak teruskan tindakan kepada pembangkang dan kerajaan.

“Menteri-menteri yang mewah pun begitu (ambil tindakan). Yang kita tahu kehidupan mewah kenapa tak disentuh,” katanya semalam di Port Dickson.
“Dengan dua yang lompat mereka masih minoriti. Jauh jumlahnya kecil daripada kita,” katanya lagi.

Pada 28 Febuari yang lalu, ahli Parlimen PKR masing-masing daripada Tebrau dan Julau Sarawak mengumumkan keluar parti itu dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Perkara itu dikongsi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin di laman Facebook selepas menerima akuan bersumpah daripada Steven dan Larry.

Dalam pada itu, menyentuh isu sama Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung menegaskan, proses mahkamah menuntut RM10 juta daripada ahli-ahli Parlimen yang mengkhianti mandat masih berjalan mengikut prosedur.

“Datuk Zuraida Kamaruddin telah pada 29 Januari 2021 memfailkan permohonan untuk membatalkan tindakan yang dibuat oleh Keadilan ke atasnya atas alasan bahawa ianya adalah bertentangan dengan undang-undang. Keadilan membantah permohonan ini yang tidak berasas dan tanpa merit.

“Kedua-kedua pihak sedang dalam proses membalas afidavit. Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes yang seterusnya pada 1 April 2021 untuk mendapatkan arahan yang seterusnya berkenaan dengan kes ini,” ujarnya.

Chean Chung memberitahu, berkenaan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh dua orang ahli Parlimen, PKR telah menghantar surat tuntutan RM10 juta kepada Steven Choong, Ahli Parlimen Tebrau. Beliau perlu menjelaskan pampasan tersebut dalam tempoh tujuh hari, dan jika tidak, tindakan mahkamah akan diambil.

“Ahli Parlimen Julau Larry Sng tidak bertanding di bawah parti PKR dalam PRU14 maka tidak tertakluk kepada perjanjian tersebut,” katanya. -SuaraTV

Topik Hangat

Audio Anwar, Zahid ulas PAU 2020 tersebar, rundingan UMNO-PKR masih ‘on’

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Zahid tak berbual dengan Anwar lepas PAU 2020, lapor Polis audio fitnah

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berang dengan sebaran fitnah rakaman audio perbualan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar...

Saya Lebih Layak Jadi PM – Ku Li

KUALA LUMPUR - Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mahu menjadi Perdana Menterisebelum meninggal dunia. Memetik laporan The Vibes, bekas Menteri Kewangan berusia 84 tahun itu...

Berita Berkaitan

Terang Lagi Jelas Audio Itu Serang Zahid Bukannya UMNO – Zainal

KUALA LUMPUR - Isu klip audio perbualan yang didakwa mirip pimpinan nombor satu UMNO dan PKR itu dianggap bukanlah serangan terhadap parti sebaliknya lebih...

KDN Lancar Sistem Imigresen Bersepadu Nasional Ganti myIMMs – Hamzah

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) bagi menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) yang telah...

Lima Kawasan Perumahan Di Pekan Dikenakan PKPD Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan taman perumahan dan perkampungan di daerah Pekan, Pahang bermula esok...