Keselamatan Vaksin COVID-19 Terjamin, Kesan Sampingan Hanyalah Minimum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR (Bernama) — Setelah lebih setahun berperang dengan wabak COVID-19, akhirnya vaksin yang menjadi sinar harapan dalam menangani pandemik itu akhirnya tiba di bumi Malaysia pada 21 Februari lepas.

Tanggal 24 Februari pula menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya.

Antara yang turut terawal menerima vaksinasi ialah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Di samping rakyat Malaysia yang gembira dengan Program tersebut, kebanyakan pemain industri juga turut menarik nafas lega kerana mereka yakin ianya dapat memulihkan ekonomi negara ini dan seterusnya mampu mengembalikan kehidupan seperti sediakala.

Malaysia memperoleh 66.7 juta dos vaksin COVID-19 melalui Fasiliti COVAX daripada lima pengeluar. Vaksin berkenaan ialah Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBIO dan Sputnik V.

Semua yang layak menerima vaksinasi digalakkan untuk mendaftar dan harapan ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri sendiri kerana ia penting untuk memastikan Malaysia mencapai sasaran membentuk imuniti berkelompok.

Namun, berdasarkan data kajian ‘COVID-19 World Symptom Survey’ yang dikendali Facebook dan University of Maryland, Amerika Syarikat, kadar responden dari Malaysia yang sanggup divaksinasi adalah 74.39 peratus setakat 6 Feb lalu.

Kira-kira 20 peratus rakyat Malaysia pula dilihat masih ragu-ragu dan berpendirian atas pagar sama ada untuk menerima atau menolak suntikan vaksin COVID-19 – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat