Berdepan Kerugian Berpanjangan, GSC Umum Pengambilalihan Pawagam MBO

- Advertisement -

Umum mengetahui, MBO berdepan dengan pelupusan secara sukarela susulan isu aliran tunai yang berkurangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Lantaran itu, lembaga pengarah MCAT Box Office Sdn Bhd meluluskan resolusi untuk meletakkan syarikat berkenaan bawah pelan pelupusan secara sukarela dengan menutup perniagaan dan menjual aset untuk membayar pemiutang.

Kini, Golden Screen Cinemas (GSC) yang dimiliki oleh PPB Group Bhd membeli majoriti aset pengendali rangkaian pawagam MBO. Dalam satu kenyataan, GSC memeterai perjanjian penjualan aset pada 23 Februari lalu bagi membeli aset berkenaan daripada MCAT Box Office Sdn Bhd dan Reel Entertainment Holdings Sdn Bhd.

Pengambilalihan itu dibuat di ketika keadaan mencabar untuk industri pawagam dimana terkesan teruk disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat