Tuduh Najib Perompak, Penyamun dan Isu 1MDB Sudah Tidak Relevan – AMK PKR

ALOR SETAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri menyifatkan serangan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang digelar sebagai perompak, penyamun serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diketengahkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sebelum ini sudah tidak relevan dalam membantu kemenangan gabungan berkenaan.

Sebaliknya ketuanya, Mohammed Firdaus Johari berpandangan kerajaan perlu segera berhenti memainkan isu berkenaan sebaliknya fokus untuk menunaikan janji manisfesto yang dilihat lebih penting dan dinanti-nantikan oleh rakyat.

Katanya, rakyat telah membuat keputusan menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disebabkan isu tersebut dan sekarang biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menyiasat kes berkenaan seterusnya mengambil tindakan.

“Rakyat sekarang sudah tidak mahu dah dengar isu Najib penyamun, perompak apa… Sebaliknya rakyat hendak tahu apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan khususnya menunaikan janji manifesto.

Dalam masa sama, kita juga perlu memberi penerangan kepada rakyat mengenai pencapaian dan apa sedang dilakukan oleh kerajaan.

“Janji manisfesto itu juga penting, kalau tidak mampu laksanakan semua, buat sikit-sikit dan saya percaya rakyat akan memahami. Sebagai contoh tol, kalau kita tidak boleh hapuskan semua, berilah pengurangan yang akhirnya dapat dirasai oleh rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Selain itu, Mohammed Firdaus juga menggariskan beberapa faktor kekalahan PH dalam PRK Semenyih semalam yang antaranya adalah disebabkan sikap kebanyakan menteri sendiri yang sering mengeluarkan kenyataan bercanggah selain hanya bergantung kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, setiap menteri perlu memainkan peranan dengan segala keputusan perlu selari dan bukannya bercanggah antara satu sama lain.

“Selain itu, kita juga dapati maklumat mengenai dasar dan pencapaian yang dilakukan oleh kerajaan lambat sampai ke peringkat akar umbi. Perkara itu perlu diberikan perhatian khususnya menyampaikan maklumat melalui media-media sosial yang dilihat kita masih ketinggalan,” katanya.

Katanya lagi, meskipun pahit menerima kekalahan, namun PH perlu bermuhasabah dan segera membuat pembetulan bagi memperbaiki kelemahan yang ada.

Kata Mohammed Firdaus, keputusan tersebut merupakan satu mesej yang jelas daripada rakyat buat PH untuk bersama mendengar isu-isu yang mesti dipertimbangkan dengan lebih mendalam.

“Keputusan PRK Semenyih memberi gambaran tentang perasaan rakyat terutamanya sentimen yang disuarakan oleh masyarakat Melayu. Dalam proses demokrasi, kita menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dan itu merupakan hak mereka,” katanya. – UTUSAN

2 thoughts on “Tuduh Najib Perompak, Penyamun dan Isu 1MDB Sudah Tidak Relevan – AMK PKR

  • March 4, 2019 at 1:47 pm
    Permalink

    Apa boleh buat, itu saja modal yang ada pada PH. Nak cerita tentang pencapaian memang banyak tapi semua menyakitkan hati rakyat terutama pengundi majoriti iaitu bangsa Melayu. Sebut saja pencapaian menhenti dan mengurankan bantuan sara hidup, sebut pencapaian bayaran ptptn, sebut pencapaian harga petrol, harga kelapa sawit jangan ceritalah…. kok kena belangkung atau dibaling telur busuk. Cuma satu saja kejayaan PH selama hampir setahun jadi kerajaan, iaitu kurangkan harga telur 2sen !!! Boleh panggil sidang akhbar, siap dengan menteri2 Saifuddin dan Salihuddin beraksi nak umumkan harga telur ayam (tak tahu siapa punya) turun 2 sen. Oleh kerana modal sikit, PH terpaksa merekacipta cerita2 khayal yang dipalitkan kepada umno dan pas untuk nampak real. Maka memekik2lah Anwar, Azmin, Rafizi, Madey dan lain2 untuk jaja cerita2 tersebut. Malangnya dalam zaman internet ni, belum habis Anwar temberang rakyat dah tahu siapa tukang bayar 1.4 juta tu. Manalah Anwar nak suruk muka bila kawan karib sendiri menyepak punggungnya.

    Reply
  • Pingback:Bank Sahkan Kepada Mahkamah Bukan Dana 1MDB, Tapi Wang Dari Arab Saudi – Najib | SUARA TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.