Timbalan Menteri Dakwa PH Kalah Di Semenyih Kerana Berita Palsu

KUANTAN – PKR negeri sudah menjangkakan calon Pakatan Harapan (PH) tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam atas faktor penyebaran berita palsu dan putar belit maklumat yang mempengaruhi pengundi khususnya di atas pagar sepanjang tempoh berkempen.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Fuziah Salleh berkata, masyarakat hari ini terutama orang Melayu terlalu mudah terpengaruh dengan berita palsu atau maklumat yang diputar belit dalam media sosial.

Malah kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), jurang antara kaum itu dilihat bertambah besar dan ia dipisahkan dengan berita tidak benar atau separuh benar yang berbaur perkauman serta agama.

“Umpamanya mengenai Lembaga Tabung Haji kononnya dimiliki oleh DAP dan orang Cina, ia tidak benar tetapi dengan kuasa media sosial yang dimulakan oleh pihak yang mahu melihat perpecahan, fenomena ini menjadi begitu emosional bagi orang Melayu dan banyak lagi perkara ‘dispinkan’ dalam PRK ini.

“Saya melihat golongan atas pagar mempunyai jumlah besar iaitu kira-kira 30 peratus dan merekalah yang senang terpengaruh dengan media sosial serta berita yang ‘dispin’ yang mana kita melihat penterjemahannya dalam keputusan PRK ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan acara Larian Sepat di sini hari ini.

Keputusan PRK DUN Semenyih menyaksikan Barisan Nasional (BN) menerusi gabungan UMNO-Pas berjaya merampas kerusi itu selepas calonnya, Zakaria Hanafi memperoleh sebanyak 19,780 undi.

Zakaria menang dengan majoriti 1,914 undi selepas menewaskan calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang mendapat sebanyak 17,866 undi dan dua lagi calon iaitu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul (847) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng (725). – UTUSAN

2 thoughts on “Timbalan Menteri Dakwa PH Kalah Di Semenyih Kerana Berita Palsu

  • March 3, 2019 at 8:53 pm
    Permalink

    Bn Kalah dulupun sebab hangpa sebar bwrita palsu. Hang pun bohong pasal lynas dan orang mudah percaya. So apa maslahnya?

    Reply
  • March 4, 2019 at 1:34 pm
    Permalink

    Betul tu Fuziah. Pakatan kalah di Semenyeh kerana sebaran berita palsu, tapi bukan dari Umno atau Pas. Hari2 Menteri dan pemimpin Pakatan datang kempen bawa berita palsu dan bohong. Janji tak ditunai tu berita palsulah. Pengundi Semenyeh naik muntah moloya setiap kali datang kempen ada saja janji palsu didendangkan oleh menteri2 dan calon. Rakyat berharap PH teruskanlah cara begini, macam kerbau tabur taik atas jalan, buatlah janji2 yang susah terfikir oleh otak macam kereta terbang dan Pas kayaraya boleh bayar sana sini berjuta2….sampai pemimpin2 PH sendiri percaya kepada bohong yang mereka cipta. Inilah cara paling mudah menghalau pengundi dan penyokong sendiri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.