Pelancong Cedera Diragut Depan KLCC

KUALA LUMPUR – Seorang pelancong warga emas dari China cedera di kepala dan muka selepas diragut di hadapan bangunan KLCC di Jalan Ampang.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang Jumaat itu turut menyebabkan mangsa berusia 63 tahun itu kerugian wang 400 yuan (kira-kira RM240), pasport, kad kredit, kunci rumah dan pakaian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan pihaknya menerima aduan tentang kejadian itu pada 4.15 petang.

“Ketika berada di hadapan KLCC, pengadu yang merupakan rakan mangsa menyedari rakannya telah diragut oleh seorang lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha berwarna hitam yang nombor pendaftarannya tidak dikenal pasti.

“Akibat kejadian itu mangsa mendapat kecederaan di kepala dan muka sebelah kiri dan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Shaharuddin berkata polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan. – Awani

One thought on “Pelancong Cedera Diragut Depan KLCC

  • March 10, 2019 at 6:40 pm
    Permalink

    Semoga peragut dapat ditangkap dodakwa hukum seberat2nya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.