PBB Mahu Badan Siasatan Etnik Rohingya Diwujudkan

NEW YORK – Utusan PBB mengenai Hak Asasi Manusia di Myanmar, Yanghee Lee menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan, bagi menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia di Myanmar.

Rayuan dikemukakan dalam laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia, lapor AFP.

Menurut beliau, penubuhan badan siasatan di peringkat tertinggi itu sangat penting.

Ia bagi menyiasat diskriminasi terancang, sistematik dan berstruktur dalam dasar, perundangan dan amalan, di samping penganiayaan terhadap etnik Rohingya dan etnik minoriti lain di negeri Rakhine.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.