Orang Suruh Saya Senyap Kata Neelofa

 

KUALA LUMPUR – Selepas terpalit dengan kisah percintaan kontroversi, pelakon dan pengacara Neelofa mengakui ramai yang memintanya diam dan tidak mengulas isu tersebut.

Menurut Neelofa, 28, dia mahu kekal positif dan enggan terus dikaitkan secara peribadi dengan pelakon Fattah Amin, lapor Mstar.

“Sejujurnya saya dah tak nak komen apa-apa kerana dah banyak sangat buat komen sampai orang suruh saya senyap.

“Lebih baik saya tak komen apa-apa lagi. Saya nak kekal positif,” katanya.

Ditanya jika dia sekali lagi diberi tawaran untuk bergandingan bersama Fattah dalam drama, wanita berkenaan juga enggan mengulas mengenai hal itu.

“Saya tak ada apa nak komen mengenainya lagi… cukuplah, cukuplah,” katanya ringkas.

Sebelum ini Neelofa didakwa menarik diri daripada membintangi drama dalam siri Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang yang diadaptasi berdasarkan sebuah novel popular dan dijangka disiarkan di saluran Astro Ria tidak lama lagi.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.