DAP Dah Kena Main Dengan Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad masih mengharapkan untuk bekerjasama dengan PAS apabila beliau membuka pintu rundingan dengan parti berkenaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Meskipun PAS tidak menunjukkan tanda-tanda positif ke arah kerjasama berkenaan namun bagi Tun Mahathir, rundingan itu masih terbuka. Beliau nampaknya masih belum berputus asa dan mahukan PAS bersama dalam Pakatan Harapan.

Beliau dalam diam-diam sebenarnya masih mengharapkan PAS kerana Tun Mahathir tahu, parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN) tidak mempunyai pengaruh yang kuat.

Selain itu dengan menyatakan kerjasama berkenaan masih terbuka, maka ia menunjukkan Tun Mahathir mengakui bahawa PAN jauh lebih lemah dari PAS.

Walaupun presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan tidak akan bersama dengan PPBM sekiranya DAP dan PAN menjadi rakan sekutunya, namun hakikatnya parti naungan Tun Mahathir iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memerlukan PAS.

Dalam keadaan tersebut, apa yang akan berlaku kepada kerjasama PPBM dengan DAP, kerana PAS telah menjelaskan ia menolak DAP? Nampaknya dalam diam-diam DAP dah kena main dengan PPBM.

Tun Mahathir tahu DAP sedang mengalami krisis dalaman dan perletakan jawatan empat wakil rakyat parti itu di Melaka pada bulan lepas, telah memburukkan lagi keadaan. Selain itu kes mahkamah Lim Guan Eng melibatkan tuduhan rasuah akan mula dibicarakan pada bulan ini.

Semua ini memberikan kesan kepada DAP dan ini yang mungkin merisaukan Tun Mahathir dalam usahanya mengatur strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Memandangkan PPBM adalah sebuah parti baru, maka terpaksa ia mencari rakan politik yang lebih senior untuk mendapatkan kekuatan dan salah satu daripadanya ialah dengan mendapatkan pengaruh daripada PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.