Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak Dibebaskan Dari Tuduhan Membunuh

KAHERAH – Mahkamah rayuan Mesir menggugurkan tuduhan membunuh terhadap Hosni Mubarak, berhubung pembunuhan penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat pada 2011.

Ia sekaligus menamatkan perbicaraan terakhir bekas presiden yang memerintah Mesir selama 30 tahun itu.

Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2012.

Bagaimanapun, dua tahun kemudian, mahkamah rayuan mengarahkan perbicaraan semula dan membatalkan dakwaan itu.

Keputusan yang dibuat mahkamah pada Khamis itu adalah muktamad.

Perbicaraan itu adalah yang terakhir, selepas pendakwa raya membuat pelbagai dakwaan apabila hosni meletak jawatan pada Februari 2012.

Bekas presiden itu dituduh menyebabkan kematian penunjuk perasaan ketika pemberontakan selama 18 hari yang menyebabkan 850 terbunuh selepas bertempur dengan polis.

Hosni, 88, menjalani rawatan di hospital tentera sejak ditahan pada 2011. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.