Warga Emas Bakal Takluk Everest

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas berusia 68 tahun bakal memulakan ekspedisi menakluk Gunung Everest yang merupakan gunung tertinggi di dunia.

 

Warga emas yang dikenali sebagai James lee itu bakal melakukan ekspedisi kali ini untuk menyebarkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dan kesihatan.

 

Menurut James Lee,pemilihan Gunung Everest sebagai lokasi ekspedisi dilihat dapat membuka mata dunia dan bukan sahaja rakyat Malaysia.

 

“Everest merupakan antara gunung yang paling mencabar dan kami mahu lakukan di peringkat dunia dan kami mahukan seluruh dunia tahu bukan sahaja rakyat Malaysia tahu tentang objektif kami adalah untuk memberitahu dunia bahawa Dunia yang didiami perlu dijaga untuk generasi akan datang kerana pada kita ini kita menghadapi masalah alam sekitar.” katanya.

 

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan bekas jurutera berpendapat, bagi menghadapi cabaran dalam menakluk Everest ini, persedian yang rapi perlu dilaksanakan.

 

“kami perlu lakukan latihan secara berkala dengan disiplin, dan kita perlukan stamina yang tinggi dan kita perlu jurulatih yang baik untuk melatih kita.” ujarnya.

 

Beliau yang juga telah menakluk 56 gunung berkata ekspedisi mendaki gunung ini bukan seperti larian pecut, tetapi memerlukan ketelitian ketika melakukan ekspedisi.

 

“kita perlu hadapi cabaran pada satu-satu masa kerana kita mendaki gunung bukan seperti lari 100 meter yang perlu cepat tetapi langkah demi langkah.” katanya.

 

Dalam pada itu, Ekspedisi ini dijangka bermula pada awal april dan selesai pada May 2016.

 

Pada Ekspedisi kali ini, James Lee turut ditemani oleh 2 orang lagi ahli dari kelab Lion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.