Lelaki Berbangsa Yahudi Sokong Palestin, Dikecam

Video seorang lelaki berbangsa Yahudi melaungkan sokongan hak asasinya kepada warga Palestin menjadi viral di media sosial.

 

Menerusi status akaun Images From Palestin di laman sosial Facebook, telah memuat naik video berdurasi 0:035 saat yang memperlihatkan bagaimana seorang lelaki dikecam di dalam satu persidangan apabila menyuarakan pandangannya.

 

Selepas Michael Deheeger yang berusia 32 tahun melaungkan, ‘Saya seorang Yahudi, saya menyokong hak asasi warga Palestin,’ dia kemudiannya telah dihalau keluar dan dihamun oleh sebilangan peserta persidangan yang anti Palestin.

 

“Anda menyokong pembunuh Yahudi!” Kata seorang lelaki. “Keluar dari sini!” Kata yang lain.

 

Persidangan yang diadakan di Temple Beth-El, di Northbrook, pinggir bandar Chicago adalah usaha ekstrimis kulit putih perkauman, untuk mengadakan sekatan ke atas rakyat Palestin.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.