Bekas Senator DAP Hina, Pertikai Ibadah Umrah Dikecam

Kuala Lumpur – Pengguna media sosial mengecam bekas Senator DAP, S Ramakrishnan kerana di dakwa menghina dan mempertikaikan ibadah umrah masyarakat Islam.

 

Ramakrishnan yang juga merupakan seorang pensyarah di Kolej Metropolitin mendakwa segala dosa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah diampunkan hanya kerana beliau menunaikan ibadah umrah.

 

“Semua dosa (Najib) telah dibersihkan. Sekarang kita boleh mencuri lagi” tulisnya bersama sekeping gambar Najib dan isterinya yang sedang berpakaian ihram.

 

Majoriti pengguna Facebook menyifatkan kenyataan itu sangat biadap kerana mengaitkan agama dengan politik sambil menggesa beliau memadamkan status tersebut.

 

“Memalukan dan biadap. Tindakan ini keterlaluan untuk dilakukan oleh seorang pensyarah. Jangan kaitkan agama Islam dengan politik” ujar Zaini Hussin.

 

“Saya bukan penyokong Najib dan Barisan Nasional, tapi tindakan ini sangat tidak wajar. Mohon padam gambar ini” tulis Wong K C pula.

 

“Saya kenal anda (Ramakrishnan) sebagai seorang yang kuat dalam agama, tapi tindakan ini tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh menimbulkan kemarahan rakan-rakan Islam kita. Apakah anda suka melihat sekiranya agama anda dihina?” kata Sivamoorthy.

 

“Macam mana nak ambil alih Malaysia, kalau begini perangai dan mentaliti pemimpi DAP yang sering menyerang Islam?” ujar Ahmad Zaini pula.

 

Terkejut dengan maklumbalas yang diterima itu, Ramakrishnan kemudiannya mendakwa mereka yang mengecamnya itu sebagai penyokong Najib.

 

“Aku adalah ahli PKR dan penyokong Pakatan tapi tindakan kau ni jelas tidak matang dan bodoh” bidas Shamsina Jelita terhadap respon Ramakrishnan.

 

Tinjauan SuaraTV bagaimanapun mendapati, posting tersebut telah dipadamkan tidak lama kemudian.

 

Ramakrishnan merupakan Senator DAP dari yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2009 hingga 2012. – SuaraTV

 

 

2 thoughts on “Bekas Senator DAP Hina, Pertikai Ibadah Umrah Dikecam

  • December 6, 2016 at 11:32 pm
    Permalink

    Ramakrishnan ni memang bodoh atau buat buat bodoh. Apa kelayakan dia sampai Dap boleh pilih dia sebagai Senator? Org bodoh yg tak guna akal dan tidak tahu menghormati agama dan bangsa lain tidakm sewajarnya dilantik sebagai senator. Dia tak layak pun hidup dimana2 negara terutama negara yg pemerintahnya Islam dan majority rakyatnya Islam. Negara bukan Islam yg melarang diskriminasi bangsa dan agama pun dia tidak layak hidup.

    Sial… sial..? Sial. Kalau saya jumpa dia pasti dia akan kena terajang dengan tapak kaki saiz 9 ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.