Video: Rakaman ‘Makcik’ Bersilat Di Majlis Perkahwinan

Kuala Lumpur – Disebabkan mahu menjaga hati tuan rumah dan permintaan pasangan pengantin, seorang wanita pertengahan usia akur untuk mempersembahkan silat di majlis perkahwinan rakannya itu.

 

Tindakannya itu kemudiannya mendapat perhatian masyarakat khususnya para pengguna Facebook apabila rakaman video mengenainya tersebar di media sosial.

 

Pengguna media sosial sebelum ini terpegun melihat aksi seorang makcik yang bersilat dalam satu acara kenduri perkahwinan di Kampung Tawas Tambahan, Ipoh awal bulan lalu.

 

 

Mas Shariffah Mismat, 49 atau lebih dikenali sebagai Mak Ngah ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, beliau turut terkejut apabila dimaklumkan mengenainya.

 

“Sebenarnya saya dihadir sebagai juruacara di kenduri perkahwinan tersebut, namun di akhir majlis tuan rumah dan pasangan pengantin meminta saya buat persembahan silat.

 

“Pada mulanya saya cuba menolak permintaan itu, namun untuk tidak menghampakan permintaan tersebut, saya akur untuk bersilat secara ala kadar, sesuai dengan pakaian baju labuh yang dikenakan pada ketika itu” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut Mak Ngah yang juga merupakan jurulatih Seni Silat Gayong Malaysia Negeri Perak, ia tidak dirancang dan dilakukan secara spontan dan atas alasan itu gerakan yang dilakukan hanya tertumpu pada kilasan tangan tanpa mengunakan kaki.

 

Rata-rata pengguna media sosial sebelum ini memuji gerakan silat yang dipamerkan Mak Ngah sambil menyifatkan masih ‘berbisa’ dan cergas walaupun telah berusia.

 

Sehingga kini rakaman tersebut teah ditonton sebanyak 5,436 kali dan dikongsi oleh 125 pengguna.

 

Mak Ngah turut menasihati golongan wanita di negara ini agar turut sama mengamalkan seni mempertahankan diri sebagai peneman hidup.

 

“Selain merupakan senama yang bagus untuk kesihatan diri, ia juga sebagai peneman hidup agar kaum wanita dapat mempertahankan diri sendiri dari sebarang kemungkinan” ujarnya ketika mengakhiri perbualan pada petang tadi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.