Video: DCA Kecam Rakaman ‘Drone’ Di KLIA

Kuala Lumupr – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah membuat laporan polis berkenaan sebuah drone yang telah dikesan terbang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

 

Juruterbang, Wan Arief Imran mengesahkan berita itu kepada Astro AWANI sebentar tadi.

 

Arief dimaklumkan ke pejabat DCA di Putrajaya untuk melaporkan tentang kejadian penerbangan drone berkenaan yang disifatkannya merbahaya.

 

 

Menurutnya, pelanggaran drone dengan pesawat yang sedang berlepas atau mendarat boleh menyebabkan kemusnahan kepada pesawat tersebut.

 

“Saya dah berjumpa dengan Pengarah Bahagian Keselamatan DCA, beliau kata DCA telah mengambil maklum tentang perkara ini dan telah membuat laporan polis dan ianya sedang disiasat.

 

“Selain itu mereka juga telah memaklumkannya kepada Malaysia Airports Berhad (MAB) dan semua menara kawalan,” jelasnya.

 

Ditanya sama ada beliau ingin membuat satu lagi laporan polis, Wan Arief berkata, beliau menyerahkan semua siasatan kepada pihak DCA dan polis.

 

Sementara itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan laporan polis tersebut.

 

“Ya, DCA ada membuat polis untuk menyiasat perkara ini dan supaya ianya tidak berlaku lagi. DCA juga akan keluarkan kenyataan berhubung perkara ini dalam masa terdekat,” katanya kepadaAstro AWANI.

 

Foto kemunculan sebuah drone yang diterbangkan berdekatan KLIA telah mencetuskan kebimbangan orang ramai terutama di media sosial, atas faktor keselamatan.

 

Drone jenis DJI Phantom 2 tersebut dikatakan mengambil beberapa gambar pesawat mendarat di KLIA, yang mana gambar-gambar itu telah dimuatnaik oleh pengguna di Facebook.

 

Terdapat pengguna Internet tampil menyelarnya kerana ia didakwa boleh membahayakan pesawat.

 

Gambar itu sebelum ini telah dimuat naik ke Instragram kira-kira tiga bulan lagu oleh pengguna dikenali sebagai ‘yengnasir’.

 

Bagaimanapun akaun media sosial milik ‘yengnasir’ telah dipadamkan berikutan gambar dan status mengenai drone miliknya menjadi viral selain diangkat kepada perhatian pihak berkuasa.

 

Sementara itu Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengecam tindakan pihak yang menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) atau drone berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga boleh mengancam keselamatan orang awam dan operasi penerbangan pesawat komersial.

 

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, penggunaan drone di kawasan lapangan terbang merupakan satu pencerobohan dan kesalahan di bawah Akta Penerbangan Awam 1969.

 

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada DCA sebelum menjalankan apa-apa aktiviti melibatkan drone,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Beliau turut mengulas rakaman video menggunakan drone yang dimuat naik di laman YouTube sehingga menjadi viral apabila rata-rata pengguna laman sosial mengutuk tindakan tersebut kerana mengancam keselamatan orang awam.

 

 

– Harga: RM4200 hingga RM5600

-Ketinggian terbang: 500m hingga 1000m

-Berat: < 2kg

-Tempoh terbang: 15 min

– Tempoh cas: 2 hingga 3 jam

– Asal: Amerika Syarikat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.