Tiga Lelaki Direman Susulan Kes Tembak Di Pulau Pinang

GEORGETOWN – Tiga lelaki direman di Mahkamah Majistret, di sini hari bagi membantu siasatan kes tembak membabitkan kematian seorang lelaki di Jalan Scotland malam tadi.

 

Sumber berkata, tiga lelaki terbabit berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.

 

“Mereka yang direman itu adalah rakan mangsa yang terselamat ketika kejadian tembak terbabit dan juga pemilik motosikal yang nombor pendaftarannya digunakan suspek.

 

“Setakat ini siasatan awal mendapati rakan mangsa yang terselamat dalam kejadian itu adalah sasaran utama suspek,” katanya.

 

Menurutnya, siasatan juga mendapati rakan mangsa sebelum ini pernah cuba ditembak tahun lalu namun dia terselamat dalam kejadian itu – BHarian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.