SPM 2014: Jumlah Calon Peroleh Semua A Menurun

PUTRAJAYA 3 Mac – Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 menurun berbanding tahun lalu berdasarkan indeks nilai Gred Purata Nasional (GPN).

 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, nilai GPN SPM pada tahun ini menurun sebanyak 0.15 mata dengan mencatat 5.08 berbanding 4.93 mata pada 2013.

 

Beliau berkata, pencapaian calon yang memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki turut menurun apabila tahun ini hanya mencatat 11,289 calon berbanding 13,970 calon pada 2013.

 

“Prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam meningkat sebanyak 0.14 mata Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu 4.28 mata berbanding 4.42 pada tahun 2013

 

“Mata pelajaran teras yang lain iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains pula menurun pada tahun ini,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2014 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.