Selfie Solat Dhuha: Tindakan Bodoh Yang Mempersedakan Agama

Kuala Lumpur – Tndakan seorang lelaki yang memuat naik gambar dirinya mengerjakan solat sunat Dhuha dikecam pengguna media sosial Facecbook kerana dikatakan mahu mempersendakan agama.

 

Melalui gambar yang tersebar itu, rata-rata mempertikaikan tindakan bodohnya itu yang dianggap sebagai riak kerana mahu menunjuk-nunjuk.

 

“Kalau betul tengah solat, macam mana dia boleh ambil gambar.. mohon hentikan perbuatan bodoh seperti ini yang akan menyebabkan Islam terus dipandang serong” ujar Abdul Zamri Zahari.

 

“Tindakan ini bukan sekadar riak dan mahu menunjuk-nunjuk, tapi boleh dikatakan cuba mempersendakan agama… ini bukan sebahagian dari Islam” ujar Rabiatul Adawiyah pula di laman Facebooknya.

 

Walaupun ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai kelakar dan jenaka namun rata-rata menzahirkan rasa kurang senang atas tindakan lelaki tersebut.

 

“Setiap amalan yang dikerjakan perlu ikhlas tanpa perasaan, kerana hanya yang ikhlas akan mendapat ganjaran pahala.

 

“Mungkin dia solat sambil pakai kamera GoPro tak pun ada makhluk ghaib yang ambil gambar tersebut” memetik komen pengguna di laman forum Cari.

 

“Sel otak lelaki ini banyak yang belum bersembung, kenapa hanya bangsa Melayu yang suka buat perbuatan bodoh seperti ini? Selfie kubur, Selfie mayat, and now selfie solat…. maybe lepas depa akan masukkan gambar selfie berjimak pula” ujar Ahmad Faisal Therani sinis.

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat gambar tersebar di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki seolah-olah mempersendakan ibadah solat.

 

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan sebelum ini menyelar mana-mana perbuatan seperti itu kerana dianggap satu penghinaan kepada agama Islam.

 

“Kalau betul (mereka) Islam yang sudah tahu selok belok agama, bererti itu satu penghinaan. Kita sedang siasat perkara itu.

 

“Jika mereka masyarakat yang baru peluk Islam dan tidak tahu tata tertib tentang solat, itu kita boleh maaf. Sebab dia baru belajar, walaupun pakaian sebegitu,” ujar

 

SuaraTv dalam satu laporan sebelum ini melaporkan mengenai penyebaran gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan enam lelaki seperti sedang solat berjemaah.

 

Namun tiga daripada mereka tidak memakai baju sehingga mendedahkan pusat, seorang berseluar pendek di atas lutut, seorang seperti sedang menggunakan telefon bimbit dan seorang lagi memegang rokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.