Perkhidmatan LRT Tergendala, Kerana Tindakan ‘Berani Mati’ Penumpang

Kuala Lumpur – Tindakan ‘berani mati’ seorang penumpang warga asing yang cuba untuk menaiki Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) telah menyebabkan ia membuat satu hentian kecemasan berhampiran Stesen Jelatek pada petang Isnin.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Khairani Mohamed berkata tindakan warga asing yang berusia 33 tahun itu telah ditahan pegawai stesen dan telah diserahkan kepada pihak polis.

 

Perkhidmatan tren itu juga tergendala apabila Sistem Pintu Skrin Platform (PSDS) diaktifkan akibat tindakan melulu warga asing itu di stesen bawah tanah Dang Wangi.

 

Khairani berkata tindakan melulu itu boleh membahayakan nyawa orang lain selain mengganggu perkhidmatan Rapid Rail.

 

Pada petang Isnin, sebuah LRT Kelana Jaya membuat terpaksa membuat satu hentian kecemasan berhampiran stesen Jelatek apabila seorang warga asing melintasi platform untuk menaiki LRT Laluan Kelana Jaya.

 

“Walaupun tiada yang tercedera dalam kejadian itu, tindakan yang melulu itu telah mengaktifkan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES), iaitu satu ciri-ciri keselamatan utama yang telah dipasang di LRT Kelana Jaya yang mengendalikan tren itu secara automatik tanpa pemandu itu,” kata Khairani dalam satu kenyataan pada Selasa.

 

Pengaktifan PIES itu telah menghentikan operasi seluruh Laluan Kelana Jaya buat sementara.

 

“Apabila laluan itu sudah bersedia untuk beroperasi, penumpang-penumpang terpaksa menunggu masa yang lebih lama di sebelah petang di kebanyakan stesen dan menyebabkan kesesakan berlaku di stesen-stesen,” kata Khairani.

 

Menurut Rapid Rail, lapan kes pencerobohan telah direkodkan berlaku di Laluan Kelana Jaya dan satu di Laluan Monorel pada Januari 2015.

 

Lebih daripada 60 peratus daripada pencerobohan berlaku daripada warga asing.

 

Dalam kejadian yang berasingan sebelum ini, PSDS selalunya berlaku apabila ada penumpang yang terkejar-kejar untuk menaiki train yang sudah bergerak di mana akhirnya mengakibatkan berlaku gangguan perkhidmatan.

 

Akibatnya, penumpang yang ke arah Kelana Jaya terpaksa turun di stesen Dang Wangi dan terpaksa menaiki tren di stesen Kampung Baru.

 

“Kami menggesa orang ramai supaya lebih prihatin dan tidak menghalang mana-mana skrin platform atau pintu kereta api kerana ia akan mengganggu perkhidmatan kami dan menyebabkan kesulitan kepada kebanyakan pengguna lain.

 

“Para penumpang yang membawa beg galas atau apa-apa beg perlu berhati-hati sebelum memasuki tren terutamanya pada waktu puncak.

 

“Penumpang juga mesti mengelak daripada meletakkan tangan atau kaki mereka di antara pintu yang tutup secara tiba-tiba,” kata Khairani. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.