Militan Libya Bedil Lapangan Minyak

Benghazi (Libya) – Kumpulan militan di Libya membedil lapangan minyak Bahi dan Mabrouk, menyebabkan kerosakan saluran paip ke pelabuhan minyak Es Sidra, menurut jurucakap pihak keselamatan yang menjaga prasarana tenaga itu.

 

Anggota militan yang menyokong kumpulan IS itu mendakwa mereka melancarkan beberapa serangan sebelum ini terhadap lapangan dan saluran paip minyak di Libya yang menjadi rebutan dua kumpulan pesaing kerajaan.

 

Jurucakap Perbadanan Minyak Negara tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.