Masih Ada Kakitangan Awam ‘Kantoi’ Curi Tulang – Khusrin

Shah Alam – Pemantauan berterusan terhadap penjawat awam yang ‘curi tulang’ ketika waktu bekerja akan diperhebatkan, demikian menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

 

Meskipun isu itu menjadi viral di laman sosial dan menarik perhatian orang ramai, ujar Khusrin masih ada yang ingkar dan memandang remeh arahan tersebut.

 

“Pemantauan akan dilaksanakan supaya budaya ini dapat dikikis sepenuhnya demi memartabatkan kembali perkhidmatan awam,” berikut kenyataan Khusrin di laman sosial Facebooknya.

 

Terlebih dahulu Khusrin melakukan tinjauan mengejut di beberapa premis makanan di sekitar Shah Alam yang sering menjadi tumpuan penjawat awam minum pagi ketika waktu pejabat.

 

Beliau turut memuatnaik beberapa gambar penjawat awam tersebut di Facebooknya.

 

Awal bulan lalu Khusrin mengarahkan semua ketua jabatan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan daerah diarahkan memantau disiplin pegawai atau kakitangan di jabatan masing-masing bagi memastikan tiada yang culas melaksanakan kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.