Lelaki Maut Ditembak Tujuh Das

Georgetown – Seorang lelaki maut serta merta apabila sekurang-kurangnya tujuh das tembakan disasarkan ke arah kepalanya dilepaskan individu tidak dikenali.

 

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam Isnin, di Jalan Scotland berhampiran Kelab Sukan Pulau Pinang, apabila mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an memberhentikan kereta yang dipandunya di persimpangan lampu isyarat di situ.

 

Tiba-tiba seorang penunggang motosikal dikatakan muncul dan berhenti di sebelah kereta jenis Honda Odessey yang dipandu mangsa sebelum melepaskan tembakan melalui tingkap hadapan sebelah pemandu hingga tembus ke tingkap kiri tempat duduk penumpang.

 

Pemeriksaan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa didaftarkan atas nama individu lain dari Butterworth.

 

Difahamkan juga, mangsa pula dipercayai ahli kongsi gelap Geng 04.

 

Polis bagaimanapun sedang membuat pemeriksaan lanjut ke atas semua bahan bukti yang dikumpul di lokasi kejadian.

 

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti suspek, jenis senjata yang digunakan serta motif kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.