Kucing Dicat Warna Pink Mati Lepas Jilat Bulu

MOSCOW – Seekor kucing yang dicat dengan pewarna merah jambu dilaporkan mati selepas menjilat bulunya sendiri.

 

Menurut Metro.uk, kucing tersebut dibawa tuannya, Lena Lenina ke majlis ‘Pretty in Pink Party’ yang mewajibkan semua hadirin berpakaian berwarna pink, termasuk haiwan peliharaan.

 

Lenina dikecam namun mempertahankan tindakannya bahawa cat yang digunakan adalah saranan dari doktor haiwan beliau.

 

Berdasarkan sebuah laporan, kucing tersebut mati kerana keracunan toksik yang disebabkan oleh pewarna berkenaan.

 

Sebuah petisyen atas talian telah dibuat oleh orang ramai supaya perbuatan Lenina dihukum. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.